MyFundAction agih 230 lembu korban kepada 2,730 keluarga memerlukan - Utusan Malaysia

MyFundAction agih 230 lembu korban kepada 2,730 keluarga memerlukan

SUKARELAWAN MyFundAction melakukan ibadah korban sebanyak 230 ekor lembu di Pusat Penyembelihan di Kampung Endah, Banting Selangor yang dilaksanakan selama dua hari sejak kelmarin untuk disumbangkan kepada 2,730 keluarga yang memerlukan di Selangor, Sabah, Perak dan Melaka. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Sebanyak 230 lembu korban yang dilaksanakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction akan disumbangkan kepada 2,730 keluarga yang memerlukan di Selangor, Sabah, Perak dan Melaka.

Pengarah Projek Qurban Care For Ummah (QC4U), Siti Najeeha Zaini berkata, kesemua lembu tersebut dianggarkan bernilai RM2 juta dibeli oleh pertubuhan tersebut di samping mendapat sumbangan daripada orang awam dan beberapa agensi lain.

“Pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) turut menyumbangkan 10 ekor lembu.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyertai program korban anjuran MyFundAction pada tahun ini,” katanya dalam program QC4U di Kampung Endah di sini.

Bercerita mengenai perjalanan program tersebut, menurutnya, program QC4U mendapat kelulusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Selangor beberapa hari lalu, dengan mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti penyembelihan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, semua daging korban yang siap dilapah akan diproses menjadi pek sedia makan sebelum diagihkan kepada semua penerima sumbangan.

Sementara itu, menurut seorang YouTuber yang juga bekas pengacara sebuah stesen televisyen swasta, Hazeman Huzir yang dijemput hadir dalam program ibadah korban itu memaklumkan pelaksanaan secara berpusat bukan sahaja menepati SOP, malah memudahkan kerja pengagihan lebih sistematik.

“Hari ini saya berpeluang untuk mengagihkan sendiri daging korban bersama pasukan MyFundAction di sekitar Banting.

“Alhamdullillah saya dan artis lain seperti Ardell Aryana dan Nazmi Anuar telah sama-sama melakukan kerja pengagihan daging korban,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya