Musang king: Operasi tebang pokok tidak langgar perintah Mahkamah Rayuan - MB Pahang

Musang king: Operasi tebang pokok tidak langgar perintah Mahkamah Rayuan – MB Pahang

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Operasi penguatkuasaan memusnahkan kebun haram durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub, dekat sini semalam diharap tidak dijadikan isu perkauman.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebelum ini, kerja-kerja penguatkuasaan turut dilakukan di Sungai Ichat (terdapat pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina) di Cameron Highlands serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu).

Beliau berkata, ia adalah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai dan kakitangan penguat kuasa.

“Atas dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan ini melanggar perintah Mahkamah Rayuan, ia sebenarnya tidak kerana dilakukan di luar kawasan kebun durian yang dimaksudkan yang dimiliki oleh Royal Pahang Durian Resoruces PKPP Sdn. Bhd.

“Operasi penguatkuasaan ini serta kawasan dijalankan penguatkuasaan ialah setelah mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (LA) Negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara ini ke Mahkamah Rayuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, operasi berkenaan tindakan bersepadu melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP), dengan mendapat kerjasama polis.

Jelasnya, tempoh kerja-kerja penguatkuasaan bermula Sabtu iaitu 3 Julai lalu dan dijangka sehingga 2 Ogos depan atau selama kira-kira sebulan.

“Operasi penguatkuasaan membabitkan kebun-kebun haram termasuk ditanam durian ‘Musang King’ dalam HSK Batu Talam, berkeluasan kira-kira 101.17 hektar.

“Operasi penguatkuasaan termasuk menahan mana-mana individu/pekebun yang memasuki kawasan HSK Batu Talam tanpa kebenaran, dan turut menyita apa juga barangan dan kenderaan.

“Semalam sahaja (Ahad), 18 orang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk direman dan akan disiasat lanjut untuk diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara dan Kanun Keseksaaan.

“Sebelum itu pada Sabtu, 3 Julai lalu, empat ditahan menjadikan yang ditahan dalam tempoh dua hari lalu seramai 22 orang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya