Mukim Bukit Jawa, Kelantan antara 8 lokaliti kena PKPD - Utusan Malaysia

Mukim Bukit Jawa, Kelantan antara 8 lokaliti kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah perkampungan di Mukim Bukit Jawa, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan antara lapan lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa lusa sehingga 26 Julai ini.

 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuh lokaliti lain pula terletak di Sabah antaranya Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Kilas serta tiga lokaliti di Daerah Kota Kinabalu iaitu Kuarters Tangki Air Biru, Telipok; Kampung Kuala Menggatal dan Jalan Pasir Likas.

 “Baki dua lokaliti melibatkan Kampung Tebongon di Daerah Putatan dan kilang pemprosesan kayu balak Borneo Timber di Daerah Tongod, Bahagian Sandakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, dua lokaliti di Sabah meliputi Penjara Kepayan, Kota Kinabalu yang sepatutnya berakhir hari ini disambung PKPD hingga 25 Julai, manakala Kampung Nahaba, Kota Belud hingga 26 Julai.

 “Bagaimanapun, PKPD yang ditamatkan pula ialah Kilang Sawit Bell di Kinabatangan, Sandakan; Kampung Linau, Kota Belud dan Kampung Penimbawan, Tuaran.

 “Di Selangor pula PKPD ditamatkan lebih awal iaitu Pangsapuri Westlite-Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), SS8/2, Zon Industri Bebas Sungai Way dan Apartment Mentari Court, PJS 8, Bandar Sunway,” katanya. 

 Di Sarawak, katanya, tiga lokaliti di Mukah berakhir awal PKPD iaitu Kuarters Ladang Mukah 1, Kuarters Balingian Power Generation dan Rumah Panjang Malang anak Bada, Sungai Bayan selain kawasan Tringkap di Daerah Cameron Highlands, Pahang. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN