Ramai mohon i-Citra untuk buat modal perniagaan

Mohon i-Citra untuk buat modal perniagaan

PENCARUM beratur di Pejabat KWSP untuk memohon pengeluaran i-Citra di Teluk Intan, Perak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Membuka perniagaan se­­ca­ra kecil-kecilan untuk memastikan pendapatan yang ber­te­rusan.

Itu antara yang akan dilakukan oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pengeluaran Aka­un 2 menerusi permohonan i-Citra yang disediakan kerajaan.

Seorang pencarum KWSP di Teluk Intan, Narizi Ibrahim, 54, berkata, kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada pen­carum kena pada masanya ketika rakyat bergelut dengan ketidaktentuan ekonomi dise­babkan Covid-19.

Menurutnya, selain digunakan untuk keperluan harian, dia juga bercadang menggunakan wang yang dikeluarkan itu sebagai modal memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

“Saya memerlukan duit untuk keperluan keluarga. Selain itu, dengan wang RM5,000 yang dikeluarkan ini akan saya gunakan sebagai modal berniaga kecil-kecilan.

“Dengan cara ini, duit yang saya keluarkan tidak habis untuk keperluan harian sahaja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Teluk Intan sema­lam.

B. Mani Manan, 39, pula ber­kata, dia membuat keputusan untuk mengeluarkan caruman untuk membantu keluarganya yang hilang pekerjaan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walaupun bayaran RM1,000 sebulan selama lima bulan, ini amat melegakan saya yang terjejas pendapatan disebabkan PKP,” katanya.

Sementara itu, di Parit, pemohon i-Citra lega dengan kebenaran yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu rakyat.

Pekerja am di sebuah sekolah di Parit, Musa Mustafa, 44, berkata, dia tidak bertangguh dan segera membuat permohonan secara dalam talian untuk pengeluaran KWSP melalui i-Citra.

Katanya, dia mengambil ke­pu­­tusan memohon i-Citra bagi membantu isterinya yang be­kerja di kedai makan dan terjejas akibat PKP 3.0 sejak Jun lalu.

“Gaji saya sebagai tukang kebun tidak banyak mana dan isteri pula sekejap kerja, sekejap tidak, i-Citra ini dapat meringan­kan beban kami sekeluarga.

“Sebelum ini saya dan iste­ri bekerja untuk menampung perbelanjaan harian serta persekolahan anak, lebih-lebih lagi untuk anak sulung yang belajar di politeknik,” katanya.

Menurutnya, tambah pula anak kedua sedang menunggu panggilan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

“i-Citra benar-benar membantu keluarga kami di saat semua orang sedang bergelut meneruskan kelangsungan hidup,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya