Melaka mungkin berdepan 66 kluster baharu - Utusan Malaysia

Melaka mungkin berdepan 66 kluster baharu

RAHMAD Mariman (dua dari kanan) bersama Lim Ban Hong (kiri) mendengar taklimat daripada petugas PPV Pikas di Bayou Lagoon, Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesan sebanyak 66 kes yang berpotensi untuk mencetuskan kluster baharu di Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, JKN kini sedang memantau rapi dan mengawal penularan kes-kes berkenaan termasuk melakukan saringan menyeluruh.

“JKN mengesan 66 kes yang dilihat berupaya menjadi kluster baharu di negeri ini dan usaha mengawal sedang dilaksanakan.

“Ini termasuk dengan melakukan ujian saringan secara menyeluruh membabitkan kontak dan penutupan lokasi dan operasi premis yang terlibat termasuk perkilangan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) di Bayou Convention Centre (Bayou Lagoon), Bukit Katil di sini, hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong.

Setakat ini, Melaka mempunyai 50 kluster aktif termasuklah Kluster Industri Batu Berendam, Kluster Industri Tunas Baru dan Kluster Industri Kelemak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya