Medac cadang pasar malam beroperasi - Utusan Malaysia

Medac cadang pasar malam beroperasi

MAS ERMIEYATI Samsudin dalam sidang akhbar selepas program menyantuni penerima vaksin di Kampung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar pasar malam dibenarkan beroperasi.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, cadangan tersebut belum mendapat maklum balas daripada kerajaan.

Jelas beliau, para peniaga pasar malam adalah antara lebih satu juta usahawan mikro yang terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang mula dilaksanakan sejak Mei lepas.

“Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dalam kalangan rakyat serta pertambahan pemberian vaksinasi boleh menjadi kayu pengukur untuk mempertimbang operasi pasar malam. 

“Medac berharap cadangan ini dipertimbang dan diterima MKN agar peniaga pasar malam atau usahawan-usahawan lain boleh mula berniaga semula,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni penerima vaksin di Kampung Orang Asli Bukit Payung di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN