PUTRAJAYA: Sejumlah 5.7 juta pelanggan Astro di negara ini dalam risiko apabila isyarat satelit Measat-3 dilaporkan sudah pun ditutup akibat insiden anomali pada 21 Jun lalu. Sumber industri penyiaran tempatan memaklumkan kepada Utusan Malaysia, susulan perkembangan itu, gergasi penyiaran berkenaan terpaksa melakukan ‘migrasi’ ke lima satelit komunikasi lain. “Measat-3 sebenarnya sudah pun dianggap usang sejak memasuki orbit pada 2007 dan ada laporan bebas menyatakan ia telah lama habis bekalan tenaga,” kata sumber ketika dihubungi. Sumber itu memberitahu, keadaan itu menyebabkan kedudukan garis bujurnya beranjak jauh daripada sepatutnya 91.5 darjah Timur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya