Maut kemalangan selepas alami serangan jantung - Utusan Malaysia

Maut kemalangan selepas alami serangan jantung

SEORANG lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas dia dipercayai mengalami serangan jantung dalam kejadian di Jalan Kampung Jeram, Jempol awal pagi tadi.- IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas dia dipercayai mengalami serangan jantung di Jalan Kampung Jeram, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa, Afizee Abd. Rahman, 37, yang bekerja sebagai pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, berdasarkan siasatan awal mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Almera dari arah Serting menuju ke rumahnya di Kampung Jeram.

“Sebaik sahaja sampai di tempat kejadian, mangsa disyaki mengalami serangan jantung lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar tiang elektrik. Bapa mentua mangsa mengesahkan mangsa telah menghidap sakit jantung selama tiga tahun.

“Tiada kecederaan ke atas mangsa, namun dia disahkan meninggal dunia dipercayai disebabkan serangan jantung. Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Jempol untuk bedah siasat pagi ini bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN