SEREMBAN: Syarikat pemaju perumahan, Matrix Concepts Holding Bhd. (Matrix Concept) memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi mewujudkan program ‘Food Bank’ untuk membantu individu terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Lee Tian Hock berkata, program yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu bermula hari ini sehingga hujung bulan depan.
“Kami akan menyalurkan sumbangan di empat lokasi terpilih iaitu di ibu pejabat Wisma Matrix, d’Tempat Country Club, Mawar Medical Centre dan Matrix Galleria di Kluang, Johor. Di setiap lokasi, kami akan mempunyai 100 beg makanan untuk disumbangkan.
“Sumbangan ini melibatkan barangan keperluan seperti beras, minyak, telur dan tepung dengan nilai sebanyak RM100 diberikan kepada 100 orang yang memerlukan. Kami juga secara tidak langsung membantu peniaga kedai runcit dengan membeli barangan di kedai mereka di sekitar kawasan yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE