Masjid Al-Alami edar 1,000 pek daging korban - Utusan Malaysia

Masjid Al-Alami edar 1,000 pek daging korban

MOHD. RIDHWAN Mohd. Ali mengagihkan pek daging korban kepada orang ramai di hadapan Masjid Al-Alami MITC, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Koperasi Kariah Masjid Al-Alami mengagihkan 1,000 pek daging korban kepada orang ramai bagi mengimarahkan suasana Aidiladha yang kini terpaksa dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Menurut Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bukit Katil, Mohd. Ridhwan Mohd Ali, pengagihan itu melibatkan 31 ekor lembu daripada 217 peserta ibadah korban.

“Walaupun terpaksa melalui ibadah korban dalam suasana pandemik, kita tetap menerima jumlah peserta yang menggalakkan membabitkan 31 ekor lembu berbanding 18 ekor tahun lalu.

“Jadi, lebih ramailah umat Islam yang dapat menikmati daging korban pada tahun ini, yang bukan sahaja melibatkan kariah di sekitar kawasan Ayer Keroh, malah akan turut disampaikan kepada beberapa pihak lain,” katanya ketika ditemui di hadapan Masjid Al-Alami, MITC di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN