Maqis patah cubaan seludup ketutu, kelah dari Indonesia - Utusan Malaysia

Maqis patah cubaan seludup ketutu, kelah dari Indonesia

IKAN ketutu dan kelah yang cuba dibawa masuk tanpa permit dari Indonesia melalui Pelabuhan Lumut hari ini. - IHSAN MAQIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mematahkan cubaan menyeludup ikan ketutu dan kelah tanpa permit dari Indonesia melalui Pelabuhan Lumut, di sini hari ini.

Dalam kenyataannya, Maqis memaklumkan, pemeriksaan rutin pegawai Maqis ke atas peti-peti ikan import mendapati satu peti seberat 100 kilogram yang berisi 90 kilogram ikan ketutu dan selebihnya ikan kelah ditemukan tanpa permit import Maqis.

“Kesemua barangan tersebut yang dianggarkan bernilai RM10,000,” katanya.

Menurut kenyataan itu, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit import yang dikeluarkan Maqis merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN