Pembangkang persoal ketidakhadiran Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Pembangkang persoal ketidakhadiran Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan ketidakhadiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggulung perbahasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Mereka juga mempersoalkan tindakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz yang menjawab bagi pihak Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu amat memalukan kerana belum pernah berlaku dalam sejarah perjalanan Parlimen.

“Sepatutnya Perdana Menteri jawab kerana ini isu penting, ini amat memalukan,” katanya.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) pula berkata, Timbalan Perdana Menteri boleh menjawab bagi pihak Perdana Menteri.

“Mana pergi Perdana Menteri, kalau tiada PM, Timbalan Perdana Menteri boleh jawab,” soal beliau.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kemudiannya meminta Tengku Zafrul meneruskan penggulungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya