PETALING JAYA: Suasana Dewan Rakyat sedikit ceria selepas dua hari berlalu dengan penuh tegang membabitkan blok pembangkang dan kerajaan.
Ia tercetus apabila Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) terkejut dengan masa yang diberikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika tiba giliran beliau untuk berbahas.
Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) tiba-tiba mencelah dan memulang ‘paku buah keras’ kepada Bung Moktar yang sebelum ini turut berkata perkara yang sama kepada Mohamed Hanipa (PH-Sepang).
“Mana ada keadilan dalam dunia ini,” kata Khalid ringkas kepada Bung Moktar.
Kata-kata tersebut disambut dengan gelak tawa beberapa ahli Parlimen dengan tindakan tersebut. -.UTUSAN ONLINE