LRA Keratong dihenti tugas, 11,500 akaun pengguna Paip terganggu - Utusan Malaysia

LRA Keratong dihenti tugas, 11,500 akaun pengguna Paip terganggu

SAIFUL ZAINI MOHD. BOKHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Loji Rawatan Air (LRA) Keratong tidak dapat beroperasi sejak semalam ekoran pencemaran air mentah di Sungai Pukin, Rompin, dekat sini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Saiful Zaini Mohd. Bokhari berkata, pencemaran tersebut dipercayai berpunca daripada kolam takungan di sebuah kilang memproses sawit berhampiran di Ulu Keratong.

Menurutnya, hujan lebat telah menyebabkan tebing kolam runtuh dan sisa daripada kolam takungan tersebut telah mengalir ke alur sungai.

“Kejadian tersebut menyebabkan sebanyak 11,500 akaun pengguna Paip di kawasan sekitar Keratong mengalami gangguan dan putus bekalan air. 

“Dalam melaksanakan kerja-kerja permulihan, Paip mengambil tindakan segera dengan menyediakan bantuan penghantaran air bersih kepada pengguna secara berperingkat.

“Sebanyak 28 buah lori tangki air digerakkan dan 300 tangki statik ditempatkan di kawasan terjejas untuk membantu pengguna sepanjang tempoh gangguan berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN