Lemang jadi buruan, Moklong Kemat terpaksa tolak tempahan saat akhir - Utusan Malaysia

Lemang jadi buruan, Moklong Kemat terpaksa tolak tempahan saat akhir

FATIMAH Mat menyiapkan tempahan lemang pada Hari Raya Aidiladha dengan dibantu suaminya, Mohamad Hassan di kediaman mereka di Kampung Kemat, Hulu Terengganu. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Setiap kali sambutan hari raya, ‘Lemang Moklong Kemat’ yang dihasilkan warga emas berusia 65 tahun dari Kampung Kemat di sini sentiasa menjadi buruan pelanggan.

Keadaan itu menyebabkan Fatimah Mat terpaksa menolak beberapa tempahan saat akhir kerana hanya mampu menyediakan 100 batang lemang pada Aidiladha kali ini.

Katanya, walaupun negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi dia bersyukur kerana jualan lemang yang diusahakan secara sampingan sejak lebih 30 tahun lalu masih lagi laris.

“Tempahan lemang tidak terjejas kerana pelanggan utama saya adalah penduduk setempat dan bukan perantau, malah pada Aidiladha lalu saya mampu meraih pendapatan hampir RM2,000.

“Kebiasaannya pada hari raya korban tempahan terhad kepada 100 batang manakala Aidilftiri pula antara 200 hingga 250 batang,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Menurut Fatimah, Lemang Moklong Kemat menjadi pilihan ramai kerana proses penyediaannya yang masih mengekalkan resipi turun-temurun keluarga dan dijual pada harga antara RM10 hingga RM17 mengikut saiz.

Katanya, selain musim perayaan, penghasilan lemang turut dibuat dua kali seminggu iaitu pada Isnin dan Khamis dengan sebanyak 30 batang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN