Lelaki disyaki terlibat judi bola sepak ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki disyaki terlibat judi bola sepak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2020 dalam serbuan di hadapan sebuah kedai langsir di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling dekat sini, semalam.

Serbuan dijalankan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bersama pakar judi dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta pegawai forensik Bukit Aman di lokasi berkenaan pukul 8.02 malam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan premis terbabit sebelum pemeriksaan dijalankan.

Katanya, hasil analisis dilakukan pakar judi ke atas telefon bimbit milik suspek berkenaan mendapati wujud unsur-unsur disyaki berkaitan dengan perjudian dalam talian.

“Siasatan awal dilakukan mendapati suspek dipercayai menggunakan laman sesawang nova88club.org (Nova88) dalam kegiatan itu.

“Kita turut merampas telefon bimbit terbabit yang dipercayai digunakan suspek untuk menjalankan aktiviti perjudian dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, suspek direman selama tiga hari hingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Jelasnya, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti perjudian haram.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya