Lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat ikan - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat ikan

POS kawalan di tempat kejadian untuk mencari mangsa yang hilang ketika memukat ikan di Sungai Rui di Kampung Alai dekat Gerik semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika memukat ikan di Sungai Rui di Kampung Alai dekat sini semalam.

Kehilangan Nor Azam Ishak, 27, itu dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak pada pukul 5.32 petang.

Jurucakap JBPM Perak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik sebelum dihentikan pada pukul 7.30 malam.

Katanya, operasi yang disambung hari ini diperluaskan pada jarak 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

“Mangsa berusia 27 tahun itu hilang semasa memukat ikan di sungai tersebut bersama rakannya.

“Operasi pencarian itu turut dibantu anggota BBP Pengkalan Hulu dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuala Kangsar selain pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN