Laporan polis terhadap Presiden Pas - Utusan Malaysia

Laporan polis terhadap Presiden Pas

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pegawai-pegawai menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang hari ini.

Laporan tersebut dilakukan berikutan satu artikel yang sebelum ini dimuat naik oleh Abdul Hadi bertajuk ‘Politiking Untuk Menyingkirkan Islam’ yang diterbitkan di laman sesawang harakahdaily.net, semalam.

Mantan Pegawai Menteri dan Timbalan Kerajaan PH dalam satu kenyataan memaklumkan, artikel tersebut dianggap menghasut serta menyebarkan kebencian dan berunsur fitnah terhadap PH.

“Tulisan di dalam artikel tersebut juga mendakwa bahawa Kerajaan PH adalah ‘kerajaan yang melumpuhkan Islam dan umatnya, supaya terus berada dalam kelekaan atau menjadi syaitan bisu’,

“Artikel tersebut dianggap berniat hendak menyebabkan, atau mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap negara atau terhadap ketenteraman awam; dan berniat mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain. Ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan ketidakhadiran Abdul Hadi di Sidang Khas Dewan Rakyat dan dilihat aktif menerusi laman sosial Facebook yang mana beliau mengulas tindakan beberapa ahli Parlimen yang dilihat mengganggu Perdana Menteri ketika menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sempurna.

Jelas mereka, rencana itu dianggap palsu atau mengancam dengan niat untuk menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain dan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Sebagai Presiden Pas, artikel tersebut mampu mempengaruhi ahli, penyokong parti dan para pengikutnya, serta boleh mencetuskan ketidakharmonian agama, menimbulkan kebencian tidak berasas dan tidak rasional di kalangan rakyat, serta membahayakan pengundi dan penyokong PH yang telah memenangi dan mendapat undi popular dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu,” katanya.

Pihak tersebut mendakwa, artikel itu disiarkan dengan niat menghasut orang ramai supaya timbul kebencian melampau terhadap PH, memfitnah Kerajaan PH dan pemimpinnya serta dilihat menyebarkan kebencian di kalangan rakyat Malaysia terhadap PH. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.