Lapor jika majikan ingkar, beroperasi tanpa kebenaran

Lapor jika majikan ingkar, beroperasi tanpa kebenaran

MASYARAKAT diminta buat laporan segera kepada pihak berkuasa jika terdapat kilang menjalankan operasi dan melanggar SOP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Op Patuh di bawah Kementerian Dalam Negeri dipergiatkan lagi bagi memastikan tahap pematuhan tinggi pemilik premis perniagaan dan kilang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak kompromi dengan pihak yang kerap mengulangi kesalahan bagi mengekang penularan wabak Covid-19

“Kerajaan juga mengambil tindakan tegas dan tidak teragak-agak terus menutup operasi premis atau kilang yang ingkar dengan serta-merta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, ujar beliau, pekerja terbabit turut diminta melaporkan kepada pihak berkuasa jika majikan cuba mengambil tindakan beroperasi tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan.

Semalam tegas beliau, sejumlah 64 premis yang meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan di seluruh negara diarah tutup kerana gagal mematuhi SOP selepas Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan pemeriksaan ke atas 2,239 kilang, 14,551 premis perniagaan, 793 tapak pembinaan dan 293 asrama penempatan pekerja.

Keseluruhannya ujar Menteri Pertahanan itu, mereka melakukan 84,402 pemeriksaan dan serbuan mengejut dengan jumlah kekuatan seramai 18,526 anggota dari pelbagai agensi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN