'Kluster kilang' bikin Azmin panas - Utusan Malaysia

‘Kluster kilang’ bikin Azmin panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sesi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyentuh mengenai ‘malapetaka MITI’ yang menyebabkan kluster besar dalam penularan Covid-19 iaitu kluster kilang kembali menghangatkan suasana dewan.

Malah, Anwar menguatkan hujahnya sambil merujuk kenyataan dan pengesahan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkara tersebut sebelum ini.

Perkara itu membuatkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bangkit meminta penjelasan Ketua Pembangkang.

Menghangatkan lagi keadaan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin (PH-Hang Tuah Jaya) meminta MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indutstri) menjawab mengenai kluster kilang.

Tegas Mohamed Azmin, beliau meminta Anwar bercakap guna fakta dan data yang betul.

“Saya ada fakta. Sektor pembuatan bukan penyumbang utama. (Anwar) Guna emosi, saya nak bentangkan fakta kamu guna emosi,” tegasnya.

Anwar kemudiannya menamatkan sesinya meminta kerajaan supaya jangan memihak kepada kilang-kilang besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya