Ketua Pemuda PH kritikal - Utusan Malaysia

Ketua Pemuda PH kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd. Ithnin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dijangkiti Covid-19.

Setiausaha Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Asim Abdullah Ainullotfi berkata, Shazni kini berada di tahap empat dan memerlukan sokongan oksigen.

Selain itu, Shazni dilaporkan turut mengalami radang paru-paru.

“Isteri dan anak Shazni, yang juga positif, kini dalam kuarantin di rumah sementara menunggu arahan lanjut pihak kesihatan.

“Kami meminta doa dan sokongan dari semua agar keadaannya cepat pulih. Pada masa sama, bagi meringankan keluarga beliau berhadapan dengan ujian ini, mana-mana sahabat yang ingin membantu boleh salurkan bantuan terus kepada isteri beliau,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya