PETALING JAYA: Jangkitan Covid-19 hari ini dilaporkan menurun kepada 11,985 kes berbanding jumlah yang dicatatkan semalam, 12,366 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah yang dicatatkan di Selangor masih lagi tinggi iaitu 5,550 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 1,174 kes selain Kedah 800 kes.
Berikut pecahan kes setiap negeri:
Selangor – 5,550
WPKL – 1,174
Johor –644
Sabah – 474
Sarawak – 261
Negeri Sembilan – 745
Pulau Pinang – 362
Kelantan – 386
Kedah – 800
Perak – 274
Melaka – 453
Pahang – 603
Terengganu – 171
WP Labuan – 38
WP Putrajaya – 51
Perlis –2
-UTUSAN ONLINE










