Kes aktif terus meningkat, kini 133,703 - Utusan Malaysia

Kes aktif terus meningkat, kini 133,703

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN ONLINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Negara kembali merekodkan kes harian melepasi 12,000 dengan 12,366 kes termasuk lapan kes import manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 terus meningkat kepada 133,703.

Pada masa sama, terdapat 924 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 448 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia pula sebanyak 939,899 kes.

Terdapat 93 kes kematian Covid-19 semalam dengan dua daripadanya warga asing serta melibatkan 50 lelaki dan 43 wanita selain 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau Brought In Dead (BID).

Selangor merekodkan kes melebihi 5,000 iaitu sebanyak 5,524 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,580 dan Negeri Sembilan sebanyak 970 kes dan negeri lain pula turut mencatatkan pertambahan kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian semalam, 52 kes (0.4 peratus) adalah daripada kategori lima (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) dan 33 kes (0.3 peratus) kategori empat (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen).

“Seterusnya, 93 kes (0.8 peratus) kategori tiga (radang paru-paru), 4,861 kes (39.2 peratus) kategori dua (bergejala ringan) dan 7,327 kes (59.3 peratus) kategori satu (tidak bergejala).

“Keseluruhannya, hanya 1.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini (semalam) berada pada kategori tiga, empat dan lima,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Noor Hisham berkata, sebanyak 18 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 13 kluster tempat kerja, masing-masing dua kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi serta satu kluster pusat tahanan.

Sementara itu, katanya, berdasarkan data kebolehjangkitan kelmarin, nilai RT Malaysia sebanyak 1.14 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.30). – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya