Kereta dipandu terbabas dalam sungai, pekerja wanita selamat - Utusan Malaysia

Kereta dipandu terbabas dalam sungai, pekerja wanita selamat

MANGSA yang terbabas ke dalam sungai ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi diselamatkan orang awam sebelum ketibaan bomba di Jalan Telujuk, Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Perjalanan seorang wanita ke tempat kerjanya berdepan detik cemas selepas Proton Persona yang dipandu terbabas ke dalam sungai di Jalan Telujuk, Felda Air Tawar 3, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Rafi Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.37 pagi dan menghantar seramai 11 anggota ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona terbabas ke dalam sungai.

“Dalam kejadian itu mangsa seorang wanita berusia 22 tahun dari arah Felda Air Tawar 3 difahamkan dalam perjalanan menghala ke tempat kerjanya di Pasar Borong Song Seng.

“Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, kereta mangsa terbabas dan terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, ekoran kemalangan itu mangsa hanya mengalami luka-luka kecil di bahagian tangan dan kaki.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Pasukan bertindak mengangkat mangsa menggunakan stretcher dan tali untuk dibawa ke atas.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Klinik Felda Air Tawar 2 untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi sebelum operasi ditamatkan pada pukul 8.18 pagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN