Kerajaan Pahang tawar Rumah Rakyat Pahang untuk lapan beradik kematian ibu bapa akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Kerajaan Pahang tawar Rumah Rakyat Pahang untuk lapan beradik kematian ibu bapa akibat Covid-19

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri menawarkan Rumah Rakyat Pahang (RRP) bernilai RM65,000 untuk didiami secara percuma oleh lapan beradik yang kematian ibu bapa akibat Covid-19.

Tapak rumah RRP yang dicadangkan ialah di kampung asal arwah ibu serta datuk dan nenek mereka di Rancangan Tanah Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.

Sementara menunggu rumah berkenaan siap, rumah sewa sementara akan juga disediakan dan dibiayai oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau turut bersedih dan bersimpati dengan nasib kelapan-lapan beradik itu iaitu Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, manakala adik-adiknya berusia empat hingga 18 tahun, kini tinggal menyewa bersama ibu saudara mereka di Rawang, Selangor.

“Demi melihat mereka kekal tinggal serumah bersama ibu saudara mereka itu, kerajaan negeri membuat tawaran RRP ini manakala ibu saudara mereka akan diberikan elaun bulanan sewajarnya.

“Selain itu, Yayasan Pahang (YP) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) akan membiayai pendidikan mereka yang masih bersekolah manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang sedia menyenaraikan mereka sebagai penerima bantuan bulanannya.

“Pegawai pejabat saya telah pun menghubungi Nazurah Nabilah dan saya berharap, tawaran ini akan diterima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lapan beradik berkenaan menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kedua-dua ibu bapa mereka pergi buat selama-lamanya dalam tempoh tiga hari akibat Covid-19.

Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, bersama tujuh adiknya kini tinggal di rumah saudara mereka di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya