Kerajaan Pahang, SKMM naik taraf jalur lebar 4G di Kampung Relai - Utusan Malaysia

Kerajaan Pahang, SKMM naik taraf jalur lebar 4G di Kampung Relai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  akan menaik taraf menara di Kampung Relai, Lipis  dengan menggunakan teknologi gentian optik bagi menggantikan teknologi sedia ada iaitu penghantaran terminal melalui satelit (VSAT) yang mampu menawarkan perkhidmatan 2G dan 3G sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, kerja menaik taraf itu kini sedang dijalankan di menara kampung tersebut bagi menyediakan capaian perkhidmatan internet jalur lebar 4G kepada penduduk di situ.

“Kerja awal berkenaan, iaitu siasatan teknikal tapak dimulakan sejak awal bulan Julai lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung suku pertama 2022.

“Usaha menaik taraf ini dilakukan berikutan SKMM bersama kerajaan negeri telah mengadakan beberapa siri lawatan ke Kampung Relai sebelum ini dalam usaha menambah baik dan meningkatkan lagi telekomunikasi serta internet di situ,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu berikutan laporan media baru-baru ini tentang sekumpulan pelajar dari Kampung Relai berdekatan Kerambit, Lipis terpaksa mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di atas bukit akibat capaian internet di situ lemah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN