‘Kenduri durian’: Polis rakam keterangan Mohd. Rashid, 14 individu  - Utusan Malaysia

‘Kenduri durian’: Polis rakam keterangan Mohd. Rashid, 14 individu 

ISMAIL DOLLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Polis memanggil seramai 15 individu termasuk Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang dikesan terlibat dalam aktiviti ‘kenduri durian’ di sebuah dusun, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ahli Parlimen Batu Pahat itu ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada pukul 3 petang kelmarin untuk memberi kenyataan.

“Polis sudah selesai merakam keterangan kesemua mereka dan akan melengkapkan siasatan serta merujuk kes berkenaan kepada Pejabat Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ismail berkata, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Terdahulu, Mohd. Rashid memohon maaf tas kekeliruan yang timbul susulan tular rakaman video memaparkan beliau bersama individu lain didakwa mengadakan kenduri durian di sebuah dusun.

Tegasnya, kehadiran beliau ke dusun itu bukanlah untuk mengadakan acara kenduri seperti yang didakwa, namun ia adalah lawatan sebagai wakil rakyat untuk meninjau permasalahan pekebun di kawasan berkenaan.

Katanya, salah faham timbul apabila terdapat beberapa media menghubunginya bagi bertanyakan mengenai video beliau di kebun dan dia menjawab soalan itu tanpa menonton sendiri video berkenaan pada awalnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN