Kementerian Kesihatan mohon peruntukan tambahan RM100 juta - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan mohon peruntukan tambahan RM100 juta

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan telah memohon peruntukan tambahan RM100 juta bagi penyumberluaran (outsourcing) untuk meningkatkan kapasiti hospital awam ekoran peningkatan kes Covid-19 pada masa kini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, penyumberluaran itu bertujuan untuk meningkatkan kapasiti hospital awam bagi merawat kes-kes virus berkenaan.

“Pada tahun 2021, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta lagi kepada Kementerian Kesihatan bagi tujuan penyumberluaran perkhidmatan kesihatan ke hospital swasta dengan memberikan keutamaan kepada kes-kes di Lembah Klang.

“Berikutan peningkatan kes pada masa kini, kementerian telah memohon peruntukan tambahan RM100 juta lagi bagi penyumberluaran untuk meningkatkan kapasiti. Penyumberluaran bagi kes selain daripada Covid-19 ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti hospital awam bagi merawat kes-kes virus ini,” katanya pada sesi penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Adham memaklumkan sebanyak RM56 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pada 2020 kepada kementeriannya untuk penyumberluaran pesakit kepada hospital swasta bagi mengurangkan masa menunggu pesakit yang perlu menjalani pembedahan atau prosedur kritikal seperti perawatan jantung dan kanser.

Katanya, penyumberluaran ini juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kapasiti hospital-hospital kerajaan bagi merawat pesakit Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.