Kematian Covid-19 menurun - Utusan Malaysia

Kematian Covid-19 menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kematian Covid-19 yang mendadak apabila mencatatkan hanya 63 kes berbanding semalam, 107 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal terbanyak kes kematian iaitu 25 kes diikuti 15 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Kuala Lumpur, masing-masing tiga kes di Johor dan Kedah, masing-masing dua kes di Pulau Pinang dan Pahang serta masing-masing satu kes di Sarawak, Terengganu dan Melaka.

“Seramai 39 lelaki termasuk enam warga asing dan 24 wanita termasuk tiga warga asing berusia antara 13 hingga 94 tahun dengan melibatkan 33 warga emas, 12 kes tiada penyakit dan tujuh kes meninggal dunia di rumah.

“Baki kes mempunyai pelbagai penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, kanser, obesiti, strok, buah pinggang, paru-paru kronik, jantung, epilepsi, autoimun, saraf, Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan asma,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia merekodkan 6,045 kes positif Covid-19 mengatasi kes sembuh iaitu 5,271 kes dengan 917 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 443 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 67,669 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan 2,262 kes, Kuala Lumpur (616), Johor (500), Sabah (228), Sarawak (365), Negeri Sembilan (531), Pulau Pinang (173), Kelantan (124), Perak (384), Kedah (332), Melaka (290), Pahang (95), Terengganu (54), Labuan (75), Putrajaya (16) dan Perlis (0).

Mengulas mengenai 17 kluster baharu, beliau berkata, 11 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Kluster tempat kerja katanya, empat di Johor, Jalan Wira Lapan di Johor Bahru (12), Industri Parit Jamil di Muar (127), Industri Parit Hulu di Muar (40), Jalan Perindustrian Agas 11 di Tangkak (104) manakala dua di Pahang, Kilometer 22 Jalan Gambang di Kuantan (11), Industri Bypass Gebeng di Kuantan (52).

“Lima lagi, Industri Jalan Bangi Lama di Hulu Langat, Selangor (79); Pengkalan Batu di Pasir Mas, Kelantan (9); Lorong Sungai Tiram di Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang (25); Bahtera Barat di Kota Kinabalu, Sabah (18) dan 35 Bintulu, Sarawak (21).

“Kluster komuniti pula, Sungai Pelepak di Meradong, Sarawak (26), Sungai Entajum di Tatau, Sarawak (41); Kampung Jeram Perdah di Pasir Mas, Kelantan (8); Lorong Empat Sekinchan di Sabak Bernam, Gombak dan Hulu Selangor, Selangor (41) dan Gong Pasir Dungun, Terengganu (29),” katanya.

Tambahnya, Kluster kumpulan berisiko pula hanya satu iaitu Persiaran Kempas Jernih di Johor Bahru, Johor (14).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.