Keluar PN: MT UMNO buat keputusan malam esok?  - Utusan Malaysia

Keluar PN: MT UMNO buat keputusan malam esok? 

PENGGUNAAN logo UMNO dalam mana-mana pilihan raya tidak membawa makna jika defisit kepercayaan terhadap parti itu tidak dapat dipulihkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diadakan malam esok selepas mesyuarat bersama ahli Parlimen UMNO, malam tadi.

Difahamkan, mesyuarat tersebut bakal membuat keputusan besar sama ada UMNO perlu mengambil langkah drastik keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya.

Bagaimanapun, difahamkan, akan berlaku  pertikaian kerana ahli Parlimen UMNO menegaskan sekarang bukan masa terbaik untuk keluar daripada kerajaan.

Ia sekali gus bercanggah dengan gesaan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan sekarang adalah masa yang sesuai kerana UMNO perlu berdiri sendiri.

Menurut jemputan media yang dikeluarkan kepada ahli MTi UMNO bertarikh 6 Julai 2021, mesyuarat tersebut diadakan secara maya bermula pukul 8.30 malam.

Turut diingatkan kepada semua ahli MT, kerahsiaan mesyuarat adalah penting dan perlulah sentiasa ingat akan sumpah jawatan mereka. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya