Keganasan rumah tangga tempoh PKP meningkat - Utusan Malaysia

Keganasan rumah tangga tempoh PKP meningkat

SITI BERENEE YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kes keganasan rumah tangga di negeri ini mencatatkan peningkatan ketara sehingga 74 kes dalam tempoh enam bulan tahun lalu dengan kekangan pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi antara faktor utama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Siti Berenee Yahaya berkata, jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding hanya kira-kira 20 hingga 25 sahaja kes bagi tempoh sama pada 2019.

Dalam masa sama katanya, jumlah panggilan untuk mendapatkan khidmat kaunseling melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri turut meningkat sejak awal tahun ini.

“Sebelum PKP, jumlah panggilan yang diterima kira-kira satu hingga dua sahaja sebulan. Namun sejak Januari lalu, jumlah panggilan yang diterima adalah antara tiga hingga empat setiap bulan.

“Ada antara mereka yang menceritakan masalah yang dihadapi termasuk masalah keluarga. Di samping itu, kita juga membuat susulan untuk memastikan masalah yang dihadapi itu dapat diatasi dengan cara yang betul,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak malu mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor yang disediakan oleh LPPKN dan JKM jika menghadapi masalah atau tertekan.

“Kalau perasaan itu dipendam ia akan membebankan kita. Selain itu, jangan memilih pendekatan menamatkan masalah dengan membunuh diri kerana ia bukan penyelesaian terbaik, malah akan memberi kesan kepada keluarga serta komuniti.

“Semua orang yang berdepan dengan masalah tidak kira sama ada perempuan ataupun lelaki boleh menghubungi kaunselor yang disediakan untuk menceritakan tekanan yang dihadapi,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang ingin menggunakan khidmat kaunseling boleh menghubungi kaunselor menerusi talian 0149559434 (LPPKN) dan 0134552651 (JKM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya