JPNS hapuskan 1,020 pokok sawit haram   - Utusan Malaysia

JPNS hapuskan 1,020 pokok sawit haram  

ANGGOTA penguat kuasa memusnahkan beberapa batang pokok kelapa sawit dalam Op Langat di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Jabatan Perhutanan Negeri Selanogr (JPNS) memusnahkan sebanyak 1,020 pokok kelapa sawit yang ditanam secara haram dalam kawasan hutan simpan seluas 10.8 hektar yang diceroboh sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah JPNS, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, operasi yang dijalankan bermula 26 Julai dan tamat pada hari ini mendapat kerjasama daripada 90 anggota daripada JPNS, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dengan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

“Kami telah menjalankan operasi seluas 10.8 hektar di hutan tersebut dan telah memusnahkan 1,020 batang pokok kelapa sawit pelbagai saiz dan umur.

“Pemusnahan kesemua pokok ini menggunakan tiga cara, iaitu menumbangkan menggunakan jentera jengkaut sebanyak 100 batang, mesin gergaji dan parang sebanyak 210 batang dan racun (710 batang),” katanyan dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan, keluasan Hutan Simpan Kuala Langat adalah 6,400 hektar adalah satu-satunya hutan paya gambut yang terdapat di negeri ini yang menjadi tempat tadahan air bagi kawasan itu.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan JPNS mengadakan operasi secara besar-besaran mulai Isnin lalu bagi membersihkan semula kawasan pencerobohan itu.

Timbalan Pengarah (Operasi Hutan), JPNS, Norddin Noor memaklumkan notis pengosongan sudah dikeluarkan namun tidak diendahkan, beliau kemudian bertindak mengambil tindakan tegas dengan mengadakan operasi berskala besar

Dalam pada itu, Ahmad Fadzil memberitahu, ketika operasi anggota penguatkuasa dapat mengesan dua orang individu yang melakukan kerja penggemburan tanah ketika operasi berlangsung.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan yang dibuat kerana suspek sempat melarikan diri kerana mereka berjaya mengesan kehadiran anggotannya.

“Kami berjaya merampas sebuah motosikal di lokasi kompartmen hutan tersebut. Kes ini akan disiasat JPNS di bawah peruntukan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.