Johor penyumbang terbanyak kluster tempat kerja - Utusan Malaysia

Johor penyumbang terbanyak kluster tempat kerja

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan pertambahan 47 kluster baharu dengan 24 daripadanya adalah kluster tempat kerja diikuti 17 kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster pendidikan dan satu kluster keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi tempat kerja, Johor mencatatkan 10 kluster; Selangor, lima kluster; Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing dua kluster manakala Putrajaya, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, masing-masing satu kluster.

Noor Hisham berkata, kluster komuniti pula, tujuh di Kelantan, enam di Sarawak, dua di Sabah manakala Perak dan Kedah, masing-masing satu kluster.

Beliau berkata, Malaysia merekod kes positif Covid-19 sebanyak 16,840 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 12,179 kes dengan sebanyak 134 kematian dicatatkan dengan 1,055 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 532 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 183,706 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,092 kes diikuti Kuala Lumpur (2,114), Kedah (1,281), Johor (1,104), Negeri Sembilan (1,079) dan Sabah (1,066).

“Tujuh negeri dan satu Wilayah merekodkan kes tiga angka iaitu Perak (810), Pulau Pinang (689), Kelantan (656), Melaka (581), Pahang (540), Sarawak (450), Terengganu (258) dan Putrajaya (100).

“Hanya satu negeri dan satu wilayah catat kes dua angka iaitu Perlis (13) dan Labuan (7),” katanya.

Mengulas mengenai 134 kematian, Noor Hisham berkata, Selangor kekal penyumbang terbanyak iaitu 35 kes, 17 kes di Melaka, masing-masing 15 kes di Johor dan Negeri Sembilan, masing-masing 12 kes di Kedah dan Perak, 10 kes di Kuala Lumpur, enam kes di Sabah, lima kes di Terengganu, empat kes di Pahang, dua kes di Kelantan, dan satu kes di Pulau Pinang.

“Kematian melibatkan 72 lelaki dan 62 wanita dengan enam warga asing, sembilan pesakit meninggal dunia di rumah dan 114 pesakit mempunyai latar belakang penyakit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN