Ji Chang Wook positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Ji Chang Wook positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon terkenal, Ji Chang Wook, 34, disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan, semalam.

Berita itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Glorious Entertainment (GE).

“Dia positif wabak itu dan mengikut garis panduan kementerian kesihatan, dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan rawatan.

“Sementara itu penggambaran drama bersiri Annarasumanara terpaksa dihentikan dan menunggu keputusan ujian calitan kru produksi lain. Drama itu akan bersambung sehinggalah Ji Chang Wook sembuh,” tulis GE.

Meninjau radar Twitter, rata-rata peminat pelakon Korea Selatan itu berduka dengan perkhabaran ini dan memanjatkan doa semoga diberi kesembuhan secepatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya