Jenazah Covid-19: Pengalaman baharu Crew Tanah Kubur - Utusan Malaysia

Jenazah Covid-19: Pengalaman baharu Crew Tanah Kubur

AHLI Crew Tanah Kubur Ijok memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) sebelum memulakan proses pengebumian jenazah mangsa Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ijok, Kuala Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR:Tanggungjawab menyempurnakan jenazah pesakit Covid-19 merupakan suatu pengalaman baharu yang sangat berharga bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Crew Tanah Kubur Kampung Ijok (CTKI).

Menurut Timbalan Pengerusinya, Saiful Nazrin Rahmat, 44, jika sebelum ini urusan pengebumian jenazah ahli NGO hanya dengan memakai baju ‘T’ dan berseluar panjang sahaja namun untuk jenazah pesakit Covid-19 ‘busana’ khas perlu dipakai.

“Untuk menguruskan jenazah pesakit Covid-19 kami perlu memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan, pelindung muka dan lain-lain.

“Setakat hari ini seramai 11 pesakit Covid-19 kami uruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) dipantau oleh kakitangan Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Kampung Ijok di sini.

Beliau berkata demikian semasa program penghargaan oleh Pengerusi Alumni Gerakan Belia 4B Kuala Selangor, Afendy Mohd. Dahlan.

Tambah Saiful Nazrin, sebelum ini dia hanya melihat petugas Kementerian Kesihatan melakukan tugas pengebumian dari awal hingga selesai.

“Namun kali ini saya dan ahli CTKI memakai PPE yang panas sepanjang urusan pengebumian. Cukup menginsafkan namun tugas ini harus dilakukan dengan sesempurna mungkin.

“Kes kematian semakin meningkat akibat pandemik ini. Sebagai ahli NGO saya membantu sebagai sebahagian fardu kifayah sesama saudara seIslam,”katanya.

Sementara itu, Afendy berkata, beliau memberi sumbangan tunai kepada semua ahli CTKI yang komited melaksanakan kerja pengebumian walaupun berdepan risiko jangkitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN