PETALING JAYA: “Jangan berselindung di sebalik Speaker”.
Demikian kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) terhadap Menteri penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyudddin Hassan.
Katanya, sebagai pemimpin kerajaan, Takiyuddin seharusnya mempunyai keikhlasan untuk memberi penjelasan dan jawapan berkenaan kenyataannya kepada Dewan Rakyat semalam iaitu kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkan Proklamasi Darurat pada Isnin depan.
“Dia gunakan alasan arahan Speaker. Saya nak tahu dalam soal substantif, menteri jawab sama ada diperkenankan Yang di-Pertuan Agong atau belum? Jangan kelirukan Dewan Rakyat dan rakyat seolah-olah ini dah berlaku. Saya yakin cara dia jawab belum,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE










