Jangan berlindung di bawah peraturan, fikir selamatkan rakyat - Utusan Malaysia

Jangan berlindung di bawah peraturan, fikir selamatkan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Speaker Dewan Rakyat supaya tidak terus berlindung di bawah Peraturan Am 11 (3).

Jelas beliau, Datuk Azhar Azizan Harun sepatutnya membuat keputusan untuk menyelamatkan rakyat dan negara yang kini banyak terkorban akibat pandemik Covid-19.

“Istana Negara mengambil keputusan mengikut perlembagaan dan aspirasi rakyat. Nak sebut tentang pelan, dah berapa banyak kali pelan? Tetapi jumlah mati bertambah, jumlah positif bertambah dah 17,000, kemudian bincang pasal Covid-19 dan vaksin, ada sedikit kejayaan tetapi jauh dari unjuran yang ingin dicapai.

“Bagaimana hal ini dibawa dalam Peraturan 11 (3)? Ambil keputusan luar biasa tetapi tidak ada perbahasan, belanja berbilion tetapi tiada undian? Perdana Menteri sehingga hari ini belum memberi perakuan Darurat akan tamat pada 1 Ogos.

“Untuk selesaikan jangan kita nafikan semua ini okay, tidak mengapa saya berlindung di bawah peraturan untuk menyelamatkan diri. Sekarang kita nak selamatkan negara dan rakyat,” katanya.

Sebelum itu, Azhar menjelaskan Peraturan Am 11(3) bagi Sidang Khas Parlimen, Perdana Menteri akan menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat mengikut budi bicara beliau.

Justeru katanya, jika ada cadangan atau usul maka terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri untuk menerimanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya