'Jangan angkuh, terima pendapat pihak luar tangani Covid-19' - Utusan Malaysia

‘Jangan angkuh, terima pendapat pihak luar tangani Covid-19’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ‘Jangan disebabkan keangkuhan dan kedudukan kini, pandangan daripada pihak lain tidak diambil kira’.

Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang mengingatkan kerajaan itu berkata, dalam hal ini semua pendapat daripada pelbagai pihak perlu dipertimbangkan sewajarnya agar dapat dilaksanakan supaya wabak Covid-19 dapat dikurangkan.

“Jangan kita menafikan sekiranya ada pandangan berbeza daripada mana-mana pihak usaha untuk tangani Covid-19, walaupun nadanya agak berbeza seperti mengkritik tetapi jika asasnya benar, mengapa tidak untuk kita ambil demi kesejahteraan rakyat. Sama ada kita orang ramai, rakan pembangkang atau kerajaan sendiri dalam memberikan pandangan itu, laksanakanlah sekiranya ia wajar untuk kebajikan rakyat dan negara.

“Jangan kita angkuh dan sombong dengan usaha dan kedudukan kita dalam menghadapi ujian Allah ini. Semoga kita dapat merungkai masalah yang ada,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Nazlan dalam masa yang sama turut meminta penjelasan daripada kerajaan mengenai jumlah vaksin yang diberi secara menyeluruh kerana terdapat golongan warga emas di pedalaman yang tercicir masih belum mendapat vaksin itu.

“Berapa peratus vaksin ini diberi secara menyeluruh kerana masih ada warga emas yang tercicir, pada peringkat awal mereka mendaftar dengan MySejahtera itu, tetapi akhirnya ada yang ketinggalan khususnya mereka yang ada di pedalaman, yang terkeluar daripada akses komunikasi di negara kita,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut memberi penekanan kepada warga pendidik turut perlu divaksin segera kerana sekolah dijangka bermula kembali pada September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN