PETALING JAYA: “Cakap elok-eloklah, ingat aku tiada mak bapa?”
Demikian amaran Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) kepada RSN Rayer (PH-Jelutong) ketika masing-masing berperang mulut berkenaan peraturan dewan.
“Ingat aku tiada mak bapa ke? Cakaplah perlahan, cakap memang orang terdidik. Saya tiada merujuk ahli pembangkang, saya merujuk pesta arak kepada kawan-kawan,” katanya.
Terdahulu kedua-dua ahli Parlimen itu mempertikai peraturan apabila timbul perkataan pesta durian dan pesta arak ketika perbahasan Pelan Pemulihan Negara (PPN).










