Iltizam jaga integriti, nama baik Selangor - Utusan Malaysia

Iltizam jaga integriti, nama baik Selangor

MOHD. KHAIRUDDIN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor beriltizam menjaga integriti dan nama baik kerajaan negeri dalam membanteras gejala rasuah.

Pengerusinya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya mengambil maklum titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya semua kakitangan pentadbiran di negeri ini memelihara integriti dan bebas rasuah.

“Ingatan baginda adalah sesuatu yang perlu diambil berat demi menjaga imej kerajaan Selangor secara keseluruhan.

“Kerajaan negeri semestinya memberi komitmen penuh demi menjunjung titah berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ujar Mohd. Khairuddin, prinsip kedaulatan undang-undang perlu sentiasa diberi keutamaan.

“Kita yakin Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan tanggunjawab menyiasat setiap kes dengan adil dan saksama.

“Ia selaras dengan prinsip Rule of Law bahawa tiada sesiapa dianggap bersalah sehingga terbukti bersalah,” katanya.

Tambah beliau, nama baik kerajaan Selangor perlu dijaga sekali gus tidak menjejaskan perancangan untuk terus memajukan negeri ini.

Kelmarin, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya kurniaan Darjah, Bintang Kebesaran serta Pingat negeri bagi pegawai kerajaan dan ahli politik yang didapati melakukan kesalahan rasuah akan ditarik balik. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN