Ibadah korban di daerah Timur Laut pantau SOP - Utusan Malaysia

Ibadah korban di daerah Timur Laut pantau SOP

SOFFIAN Santong (tengah) ketika memantau SOP ibadah korban di pangsapuri Alimsah Walley, Lebih Chulia, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pelaksanakan ibadah korban di masjid, surau dan kawasan perumahan di Daerah Timur Laut negeri ini lancar tanpa  perlanggaran pematuhan prosedur operasi standard (SOP). 

Operasi pemantauan pelaksanaan ibadah korban dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) di  enam lokasi masjid dan surau di  Jalan Perak; Jalan Zainal Abidin dan Alimsah Walley di Lebuh Chulia di sini. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi dijalankan bagi memantau tahap pemantuhan SOP ibadah korban termasuk solat Aidiladha, ziarah rumah ke rumah, mengunjungi pusara dan lokasi penyembelihan. 

Menurut beliau, sebanyak 30 pasukan pemantau melaksanakan pemeriksaan di lokasi yang dibenarkan menjalani  ibadah korban di daerah Timur Laut tahun ini. 

“Hasil pemantauan polis di enam lokasi di sini mendapati tiada pelanggaran SOP ditetapkan majlis agama Islam dan kerajaan tempatan. 

“Seperti yang sedia maklum, had umur yang boleh hadir di lokasi penyembelihan adalah berusia  21 hingga 60 tahun dan jumlah petugas tidak melebihi 25 orang. 

“Kami memahami keadaan orang awam yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan sama-sama berusaha berkorban mengekang penularan jangkitan virus ini,” ujarnya di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN