fbpx

Hosszu bersedia menikmati suasana di Tokyo

Katinka Hosszu bersedia untuk menikmati suasana Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Legenda renang Hungary, Katinka Hosszu yang juga pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik sedang bersiap untuk temasya kelima di Tokyo dengan harapan untuk menikmati suasana di sana.

Selepas membuat penampilan pertama di Athens 2004 dan beraksi di Beijing 2008, dia terlepas podium di London 2012 meskipun diletakkan harapan tinggi.

Empat tahun kemudian di Rio 2016, Hosszu meraih tiga pingat emas dan satu pingat perak dan meletakkannya sebaris nama-nama besar dunia.

Perenang berusia 32 tahun yang dikenali sebagi ‘Iron Lady’ merancang untuk bertanding dalam acara 200m dan 400m rampaian individu, 200m kuak lentak dan 200m kuak kupu-kupu di Tokyo.

“Saya ingin menikmati suasana di Tokyo dan saya tidak fikir banyak mengenai keputusan kerana saya hanya mahu berada di sana.

“Saya tidak rasa seperti berada di sana, tidak beremosi ketika menangn pingat emas kerana selepas menang saya fikir kejohanan seterusnya.


“Saya tidak gembira untuk berada di atas podium atau mendengar lagu kebangsaan kerana saya sudah memikirkan perlumbaan akan datang,” katanya.-AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI