Hospital Putrajaya tumpu rawat pesakit Covid-19 - Utusan Malaysia

Hospital Putrajaya tumpu rawat pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya di sini masih beroperasi dan memberi tumpuan penuh kepada kes kemasukan pesakit Covid-19 yang tinggi ketika ini.

Pengarah Hospital Putrajaya dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun tumpuan juga diberikan kepada kes-kes kritikal lain.

“Hospital itu juga menyediakan katil dan ruangan rawatan tambahan bagi menampung keperluan berkenaan,” katanya hari ini.

Kenyataan Hospital Putrajaya itu merujuk kepada mesej tular di media sosial yang mendakwa Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu tidak menerima pesakit kerana ditutup.

Mesej yang tular itu turut memaparkan gambar katil tambahan di ruangan berdekatan Jabatan Kecemasan hospital tersebut.

Dalam kenyataan itu, pengurusan Hospital Putrajaya juga menasihatkan pesakit bukan kecemasan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN