“Hello!  Kalau saya nak sangat jawatan, pastinya saya tidak tolak semua tawaran” - Utusan Malaysia

“Hello!  Kalau saya nak sangat jawatan, pastinya saya tidak tolak semua tawaran”

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kalaulah jawatan menjadi keutamaan, sudah pasti semua tawaran sebagai Pengerusi dan Lembaga Pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ‘disapu’. 

Lebih-lebih lagi, ketika semua peluang itu hadir pada awal pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak awal Mac tahun lalu. 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun enggan menerimanya kerana ketika ini, beliau hanya mahu berperanan sebagai saluran antara kerajaan dengan rakyat. 

“Ramai pula bertanyakan berita viral kononnya saya ke Kementerian Kewangan kelmarin kerana bakal dilantik Pengerusi GLC oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

“Hello! Kalau saya nak sangat jawatan, pastinya saya tidak tolak semua tawaran Pengerusi atau Lembaga Pengarah GLC waktu kerajaan baharu ini dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini. 

Kenyataan itu mendapat 8,000 tanda suka, 1,000 komen dan 91 perkongsian. 

Beliau berkata demikian menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa pertemuannya dengan Tengku Zafrul semalam dikaitkan dengan cakap-cakap beliau ditawarkan jawatan tertinggi dalam GLC. 

Walhal, Asyraf Wajdi hanya memberi penerangan kepada Tengku Zafrul secara terperinci tentang 10 Tuntutan Rakyat termasuk penambahbaikan pakej bantuan i-Citra, moratorium, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). 

Sebelum itu, beliau sudah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob untuk menjelaskan hal sama pada Jumaat minggu lalu. 

“Sudahlah Jumaat lepas pun bila saya bawa 10 #TuntutanRakyat kepada TPM (Ismail Sabri), tetapi dituduh saya nak mengampu. 

“Kalau tak mampu nak jadi garam yang menahan daging dari membusuk, janganlah jadi langau yang membusukkan daging! Apapun fitnah dan tohmah, Pemuda UMNO tetap terus jadi #JurubicaraRakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya