Hampir 40,000 anggota polis, keluarga positif Covid-19

Hampir 40,000 anggota polis, keluarga positif Covid-19 sejak Mac tahun lalu

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir 40,000 anggota polis dan keluarga positif Covid-19, sejak pandemik melanda negara pada Mac tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 452 kes masih aktif dengan 2,339 orang anggota dan keluarga mereka masih menjalani perintah kuarantin.

“Jumlah keseluruhan anggota polis dan keluarga yang dirawat dan dikuarantin akibat Covid-19 adalah seramai 39,168 orang dan keadaan ini menunjukkan anggota polis turut menerima kesan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Justeru, Hamzah menyeru masyarakat supaya membantu meringankan tekanan kerja yang dihadapi polis dengan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Beliau bimbang kadar kes Covid-19 akan terus meningkat jika orang ramai tidak mematuhi arahan dalam mengekang penularan wabak itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya