Hampir 21 peratus penduduk Pulau Pinang terima dos pertama 

Hampir 21 peratus penduduk Pulau Pinang terima dos pertama 

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kira-kira 20.8 peratus atau 368,133 penduduk negeri ini telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin bagi mencegah penularan pandemik Covid-19 sehingga kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 7.2 juta rakyat negara ini yang telah menerima dos yang sama setakat ini.

Pada masa sama katanya, jumlah pendaftaran di negeri ini juga kini telah mencecah angka satu juta orang daripada jumlah pendaftaran seluruh negara iaitu sebanyak 17.4 juta orang.

Jelasnya, bagi meningkatkan tahap kesedaran rakyat juga kerajaan negeri melaksanakan Program Penang Saring Covid-19 (PSC19) secara bersasar  melibatkan 1,000 saringan percuma di 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 5 Julai lalu.

“Untuk minggu ini, kita menyasarkan penyertaan seramai 1,500 orang mengikuti saringan percuma ini dan setakat hari ini, seramai 790 individu telah berbuat demikian,” katanya.

Terdahulu, beliau memantau program PSC19 di Dewan Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut kata Jagdeep, pihaknya menjangkakan program saringan hari ini turut membabitkan penyertaan daripada beberapa pemandu pengangkutan awam termasuk teksi, bas Rapid Penang serta kenderaan e-hailing.

Tambah Jagdeep, selain kumpulan sasaran tersebut, pihaknya juga berusaha mendapatkan penyertaan daripada kumpulan khidmat penghantaran menerusi kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN