'Guna senjata api kawal Nia Ramadhani, keterlaluan' - Peguam - Utusan Malaysia

‘Guna senjata api kawal Nia Ramadhani, keterlaluan’ – Peguam

NIA Ramadhani ditahan polis kerana didakwa positif dadah jenis syabu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Wilayah Metro Jakarta Pusat menegaskan penggunaan senjata api ketika melakukan kawalan terhadap pelakon Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie merupakan sebahagian daripada prosedur melindungi anggota keselamatan dan tertuduh.

CNN Indonesia melaporkan, sebelumnya, peguam kepada Nia dan Ardi, Nur Zainab menilai penggunaan senjata api itu sebagai berlebih-lebihan.

“Kawalan tertuduh dengan penggunaan senjata api itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) dari kami, selain melindungi anggota keselamatan dan tertuduh,” tegas Ketua Unit Siasatan Narkotik, Polis Wilayah Metro Jakarta Pusat, Komisioner Indrawienny Panjiyoga.

Menurut beliau, tiada masalah jika Nia dan suaminya melayangkan protes terhadap penggunaan senjata api tersebut.

Nur Zainab sebelum ini mendakwa penggunaan senjata api ketika mengawal anak guamnya sebagai ketertaluan.

“Tak perlulah guna senjata api,” tegasnya.

Aktres terkenal Indonesia itu dan suaminya didakwa mula mengambil dadah jenis syabu sejak lima bulan lalu.

Menurut polis, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat.

Selain itu, pemandu peribadi pasangan suami isteri itu juga didakwa mengambil syabu dan sudah ditahan telebih dahulu sebelum Nia dan Ardi ditangkap.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, pasangan suami isteri itu ditahan Rabu lalu di Pondok Indah, Kebayoran Baru.

Katanya, berdasarkan ujian air kencing, pasangan suami isteri itu positif dadah jenis syabu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN