Guna baricitinib rawat pesakit Covid-19 di semua hospital - Utusan Malaysia

Guna baricitinib rawat pesakit Covid-19 di semua hospital

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengarahkan semua hospital menggunakan ubat baricitinib bagi merawat pesakit Covid-19 untuk mencegah peningkatan risiko kesihatan yang lebih meruncing.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata,  ubat itu yang bersifat antiviral dan antiradang mampu merawat pesakit dan mengelak mereka daripada beralih kepada kategori yang lebih teruk.

Katanya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sudah memaklumkan kepada semua hospital untuk menggunakan ubat ini,

Peruntukan untuk memperolehnya juga katanya, sudah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

“Kita mempercepatkan penggunaan ubat ini kerana kita yakin keberkesanannya dapat mencegah peningkatan risiko pesakit kepada kategori yang lebih teruk seperti dari kategori empat kepada lima,” katanya pada sidang media khas, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.