Gubal segera Akta Profesional Kerja Sosial - Utusan Malaysia

Gubal segera Akta Profesional Kerja Sosial

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa menggubal Akta Profesional Kerja Sosial sebagai satu pendekatan tuntas bagi melindungi aspek sosial rakyat yang terkesan ekoran pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gesaan itu dinyatakan menerusi kenyataan bersama ahli Parlimen Pematang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip memaklumkan negara memerlukan satu undang-undang dan dasar bagi melindungi rakyat khususnya golongan rentan yang kini memerlukan ‘pelampung keselamatan’ iaitu pekerja sosial untuk jaminan kesejahteraan masyarakat.

“Umum mengetahui, pekerja sosial memainkan peranan penting dalam memastikan individu mendapat pertolongan diperlukan sama ada kanak-kanak atau wanita menjadi mangsa penderaan, bekas penagih dadah dan keluarga serta komuniti setempat yang sedang menjalani proses pemulihan dan kesemuanya bergantung kepada kepakaran dan peranan pekerja sosial.

“Pelampung keselamatan ini amat diperlukan bagi menampung keperluan sosial rakyat. Oleh itu, ia mendorong kepada idea mewujudkan Akta Profesion Pekerja Sosial oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini, namun hasrat ini tidak kesampaian apabila berlaku pertukaran kerajaan,” kata kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kedua-dua ahli Parlimen wanita itu mempersoalkan mengapa akta itu tidak diteruskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini sedangkan kali terakhir dimaklumkan rang undang-undang Akta Profesion Pekerja Sosial telah digubal pada Mac lalu, tetapi dilihat masih sepi sehingga pembukaan sesi Parlimen.

“Sebaliknya pandemik terus mencabar telah mengorbankan ribuan nyawa, akhirnya membawa cabaran bertimpa melihatkan aspek kesihatan, sosio-ekonomi dan mental kepada golongan rentan, wanita, warga emas orang kelainan upaya dan golongan pelarian.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan peningkatan sebanyak sembilan peratus kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan berbanding sebelum PKP. Antara puncannya adalah masalah kewangan, penyalahgunaan dadah dan tekanan kehilangan pendapatan.

“Pengurangan punca pendapatan dan kehilangan pekerjaan adalah dua faktor yang nyata memberi kesan yang paling perit kepada setiap isi rumah yang diketuai oleh wanita ataupun ibu tunggal,” jelas kenyataan itui.

Menurut kenyataan sama, lebih mengejutkan apabila 468 kes bunuh diri telah dilaporkan setakat lima bulan pertama tahun ini iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan pada 2020.

“Daripada kes dilaporkan, sebanyak 83.5 peratus kes bunuh diri antara tahun 2019 hingga Mei 2021 merupakan wanita,” jelas kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya