PETALING JAYA: Lim Guan Eng (PH-Bagan) mempertikaikan sama ada denda terhadap kesalahan ordinan darurat dikeluarkan sebelum ini masih sah selepas 21 Julai lalu.
Guan Eng kemudian mahu penjelasan mengapa tiada pengumuman dibuat berkenaan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong agar Proklamasi Darurat yang akan ditamatkan hujung bulan ini untuk disambung.
Jelas beliau, ia termasuk semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat.
Namun Takiyuddin (Pas-Kota Bharu) kemudian bangkit menjelaskan bahawa semua ordinan darurat yang diisytiharkan tahun ini tidak boleh diguna pakai bermula 21 Julai.
“Ya, tak boleh pakailah,” katanya dalam Parlimen hari ini.










